SHOLAT DHUHA
Solat
Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada
Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah
SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat
dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat
kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua
raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada
Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah
untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah,
setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir
adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga
adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua
rakaat solat Dhuha.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu
Daud)
.
Paling
banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak
yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh
dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi
Muhammad SAW bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan
empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu
petang.” (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
Waktu
Solat Dhuha
Solat
sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya
berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat.
Masanya adalah 28 minit
selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan
ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun
begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari
naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30
pagi.
Zaid bin
Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar
menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha.
Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah,
iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.” (HR.
Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
Cara
Mengerjakan Solat Dhuha
Solat ini
boleh dilakukan sekurang-kurangnya
dua rakaat sehinggalah
12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.
.
1. Niatnya:
.
2. Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a. Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/
Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/
As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/
Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b. Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/
Solat Pertama : As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/
Solat Seterusnya : Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
.
3. Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:
.
.
4. Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:
.
5. Berdoa
.
Fadhilat
Solat Dhuha
Sebaik-baiknya
solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan
fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah
rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
·
Daripada Abu Hurairah r.a.,
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya
akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
·
Rasulullah SAW
bersabda: “Bahawasanya di
syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat
kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah
mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga
dengan Rahmat Allah.” (HR
At-Tabrani)
.




0 komentar:
Posting Komentar